Friday 9 November 2018

Jamuan Perdana Tingkatan 3

Pada hari jumaat 9/11 yang lalu, pelajar-pelajar tingkatan 3 telah mengadakan jamuan perdana. Jamuan ini diadakan untuk meraikan pelajar tingkatan 3 dan menggalakkan mereka berkerjasama dalam merealisasikan suatu majlis. Semasa majlis ini juga, acara penyampaian hadiah bagi pemenang program pasca PT3 diadakan.
















Wednesday 7 November 2018

Jamuan Akhir Tahun Persatuan PSV

Pada 31 Oktober yang lalu, Persatuan PSV telah mengadakan jamuan bagi meraikan semua ahli kelab yang telah bertungkus-lumus menjalankan aktiviti dan perancangan kelab ini sepanjang tahun.











Program Kenali Sirah

Pada 2 November yang, Program Kenali Sirah telah diadakan pada jam 7.30 pagi sehingga 1.15 petang. Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 4, 3, 1 Azam dan 2 Azam sebagai satu pengisian selepas tamat peperiksaan bagi tahun ini. Dalam program ini, pelajar didedahkan dengan cara-cara melakukan umrah dan haji.











Kunjungan YB Tuan P. Prabakaran

Pada 1 November yang lalu, YB Tuan P. Prabakaran telah mengadakan kunjungan ke SMK Raja Ali untuk melihat perjalanan Bengkel Bijak Sejarah yang melibatkan semua pelajar tingkatan 5.



Majlis Penyampaian Bantuan Uniform Sekolah Daripada Generasi Gemilang

Pada 31 Oktober yang lalu, pihak Generasi Gemilang telah menyerahkan bantuan uniform sekolah kepada pelajar yang berkeperluan.


Majlis Jalinan Mesra

Majlis Jalinan Mesra telah diadakan pada 27 Oktober yang lalu. Majlis telah diadakan di Hotel Corus.