Sejarah Sekolah

PENDAHULUAN
Sekolah Menengah kebangsaan Raja Ali (sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Batu ) merupakan salah sebuah sekolah daripada 96 buah sekolah menengah yang terdapat di Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur .Ia terletak di Km. 8 Jalan Ipoh , Kuala Lumpur . Gred sekolah ini ialah gred A dan ia merupakan sekolah bantuan penuh.
  PENUBUHAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Batu ditubuhkan pada tahun 1969 .                     Bagaimanapun pelajar-pelajar telah diambil lebih awal iaitu pada tahun 1967-1968 dan ditumpangkan di tiga  buah sekolah rendah iaitu ;
Sekolah Rendah Kampung Batu
Sekolah Rendah Sentul
Sekolah rendah Kuang
IDEA PENUBUHAN
Penubuhan sekolah ini adalah atas daya usaha seorang guru , En. Zainudin Hj. Lapok dan
beberapa orang rakan-rakannya serta sokongan yang diberikan oleh UMNO Kampung Batu
yang diketuai oleh En. Abd. Wahab Idris . Akhirnya pihak kementerian bersetuju menubuhkan
 sekolah ini .

TUJUAN PENUBUHAN
Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pendidikan , di mana ramai pelajar di kawasan
Kampung Batu terpaksa bersekolah di sekolah yang jauh . Untuk memenuhi keperluan ini ,
pelajar-pelajar diambil lebih awal dan ditumpangkan di tiga buah sekolah yang tersebut di
atas . Pada akhir tahun 1968 , sekolah ini telah siap dibina . Pelajar-pelajar yang
ditumpangkan telah dipindahkan ke sekolah ini pada 21 Januari 1969.

                                                   PERUBAHAN NAMA
Pada 7 Julai 1980 , Sekolah Kebangsaan Kampung Batu ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali atau ringkasnya SEMERA .Perasmian dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Tan Sri Yaakob Bin Abd. Latif .
Nama sekolah ini diambil sempena nama Raja Ali bin Raja Jaafar iaitu tokoh tempatan dan Penghulu Mukim Batu yang pertama yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan di awal 1927-1930.

No comments:

Post a Comment